Susu kambing ini ditambah dengan serbuk koko dan madu, jadi semasa membancuh minuman ini tidak perlu untuk menambah gula..memang dah manis. Alhamdulillah Waqi Falah menggemarinya. Waqi dah pandai minta "Ibu...waqi nak susu kambing coklat." Sekarang sudah bungkusan yang ke empat kita minum, yang ada di dapur pun dah hampir habis. Boleh oder lagi.
Ibu takde pulak gambar tapi cari-cari di google adalah beberapa gambar. Inilah rupanya susu nina kameng ni. Terima kasih kepada tuan punya gambar
Cuba tengok harga dia Rm 30 untuk 1 kilogram, murah kan? Ianya merupakan produk daripada Muslim dan semestinya mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Setakat ini, Waqi Falah akan minum susu kambing ini. Tapi bukanlah totally susu kambing coklat ini, nisbah bancuhan susu Waqi Falah ialah 8oz air dicampur 3 scoop susu Biolac + 1 scoop susu kambing coklat. Jadilah susu coklat yang marvellous.. Next post ibu ceritakan tentang susu Biolac.
bisik-bisik : susu kambing adalah minuman sunnah Nabi Muhammad saw.