Monday 25 November 2013

Falah pernah kena Oral Thrush

Posted by zahra abdul at 05:24 0 comments
Kesiann falah..bibir sebelah dalam melepuh, atas dan bawah. melepuh putih-putih, bulat-bulat bentuknya. ibu tak perasan pun sebenarnya bibir falah melepuh, sedarnya bila umi, pengasuh, bagitau. katanya "kenapa bibir falah ada putih-putih? akak cuba lap-lap dengan kain lampin tapi tak hilang. sebab tu akak bagitau." ha?? kenapa pulak dengan bibir anak ibu nih..ibu tengok, tapi biasala falah susah buka mulut. buka pun sekejap jer. lepas tu tutup balik.

balik rumah ibu belek-belek lagi bibir falah. memang ada putih-putih tu dan banyak pada bibir dalam sebelah bawah. sebelah atas ada jugak tapi tak banyak. risau. ibu search internet pasal benda ni. cari punya cari akhirnya ibu suspek falah kena oral thrush. apa tu oral thrush? dia sejenis jangkitan yang berlaku dalam mulut disebabkan amalan kebersihan yang kurang terhadap botol susu. inipun ibu dapat kepastian selepas bawa falah ke klinik. doc bagitau oral thrush adalah disebabkan jangkitan kulat pada botol-botol susu, pacifiers  yang tidak bersih. tidak bersih tu termasuklah dalam= susu yang telah dibancuh dalam botol kemudian dibiarkan lama. kulat sangat mudah membiak. walaupun susu tu kita rasa macam ok lagi. Oh tidak!! ibu tak pernah sekali-kali pun buat susu falah dalam botol. sebabnya falah dekat rumah dengan ibu masih lagi breastfeed. cuma di rumah umi dia jer minum botol. jadi ianya bukan sebab dari ibu.

Ibu tak rasa umi falah buat bancuh susu kemudian biar sampai susu tu basi disebabkan tak habis, kemudian baru nak basuh. cuma ibu memang pasti yang umi selalu bancuh susu falah awal-awal supaya 'senang' umi tak kalut nak bancuh susu bila falah nak minum susu. jadinya...susu yang awalnya berkhasiat dan suam-suam untuk diminum, telah menjadi kurang berkhasiat dan sejuk dan wujudnya kulat!!

Lepas saja jumpa doc, esoknya pergi rumah umi hantar falah...terus ibu bagitau apa yang doc cakap "akak, doc pesan jangan buat susu dan tinggalkan dalam botol lama-lama. akak biasa buat tiga auns kan susu falah..jadi lepas jer falah minum, kalau tak habis banyak ker..sikit ker, akak terus buang yer. jangan simpan-simpan lagi untuk bagi falah minum. lagipun falah ni jenis kulit sensitif, dia mudah kena jangkitan-jangkitan ni." Umi falah angguk-anguk jer. umi ulang apa yang ibu bagitau. ibu harap sangat umi buat. dulu time umi jaga waqi, umi ada banyak masa sebab umi hanya jaga waqi sorang. sekarang dah ada tiga orang umi kena jaga.

Ibu ada baca juga ada yang kata oral thrush tu disebabkan toys yang tak bersih. baby yang tengah aktif merangkak dan menggigit, dia akan gigit dan masukkan segala benda yang dia nampak ke dalam mulut. jadi ibu ingat falah kena oral thrush tu sebab ni la. tapi bila jumpa doc, doc cakap bukan. sebabnya kalau sebab debu dan kotor-kotor pada toys tu namanya bakteria. kalau baby kena jangkitan bakteria, dia akan demam. yang melepuh dalam mulut tu disebabkan kulat bukannya bakteria.

Jadi ibu nasihatkan dan ingatkan pada diri sendiri berkali-kali supaya sentiasa jaga kebersihan botol susu anak-anak. alhamdulillah anak-anak ibu tak pernah lagi la sakit perut disebabkan ibu tak jaga bersih botol susu. means ibu sentiasa jaga bersih. kalau dah 6bulan, ibu akan tukar botol baru bergantung kepada kondisi botol. sekarang falah dah sihat...oh lupa nak mention, oral thrush ni tak menyebabkan rasa sakit pada baby. sebabnya falah tak meragam pun masa kena sakit ni. ok jer..makan minum ok. cuma kena segera bawak doc ya, kalau dibiarkan boleh membawa kemudharatan.

Waqi dan Falah kena tinggal

Posted by zahra abdul at 04:51 0 comments
Susahnya...lah hai hati ibu nih. mana taknya, terpaksa tinggalkan kalian dengan mak-mak sedara dari jam 8pagi sampaila 4.30 petang selama 3hari berturut-turut. Yang ibu bertambah risaunya bila si adik,Falah, tak berapa mau dengan mak sedaranya...makngah dan maktih. Kejap-kejap jer tinggal dengan mak sedaranya bolehla, tak lama nanti mulalah falah meragam cari ibu.

Si abang,Waqi, alhamdulillah ok saja dengan mak sedaranya. sebab dia dah besar, dua tahun lebih. dah pandai bercakap, bercerita itu ini, boleh diajak bersembang, melukis apatah lagi diajak bermain. waqi ibu tak risau...cuma adik falah jer. tapi falah masa dengan umi (pengasuh diorang) ok jer. takde pulak meragam... kadang-kadang jer la, itupun kalau falah tak sihat. macam mana falah nak tinggal dengan makngah dengan maktih nie...huhuhu. ibu rasa macam nak angkut saja falah masuk mesorat ibu yang dari pagi sampaila ke petang itu. tapi memangla mustahil ibu nak bawa falah..sebabnya ibu bukan mesorat semata, ada kerja lain yang perlu dibuat.

Sampai ke saat ini hati ibu tak tenang lagi...ibu tengah fikir macam mana nak buat supaya falah ok nanti dengan makngah dan maktih. mesorat tu dah la lama..kalau boleh balik pun sekejap sangat. nak kena belikan buai ke ha? oh tidak.. dengan ibu di rumah memang tak pernah berbuai, tapi falah ok je. cuma di rumah umi jer berbuai. haruskah beli buai untuk digunakan selama 3hari semata-mata ibu terpaksa pergi mesorat?? tolong...tolong!! macam membazir. sebab lepas-lepas ni confirm takkan digunakan lagi kat rumah ibu.
 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting