Monday 18 August 2014

Eksoz Motor

Posted by zahra abdul at 18:23 0 comments
Waqi terkena ekzos motor di keting kaki kiri. Bulat elokk jer. Hari khamis lepas kena semasa di rumah ummi. Ummi mesej ibu pagi tu setelah menyedari lecuran tersebut, "...kaki Waqi ni terkena ekzos moto, tapi tak teruk mane, cuma kulitnya je terkopek". Bila ibu baca saja mesej tu, terus ibu risau memikirkan Waqi. Mesti Waqi nangis sebab sakit. Ibu cuma mampu berpesan supaya ummi sapukan minyak gamat supaya lecurannya kurang sakit.

Petangnnya ibu seperti biasa pergi ke rumah ummi. Sampai saja disana ibu menolak pintu depan rumah, segera Waqi berlari mendapatkan ibu dan memeluk kaki ibu. Begitulah kebiasaannya setiap hari. Dari ruang rehat rumah ummi, ummi melaung meminta Waqi menunjukkan kakinya yang melecur tersebut. Waqi pun segera mengangkat hujung seluarnya ke atas dan menunjukkan pada ibu kesan ekzos tersebut.

Sambil ibu berjalan dan duduk berhampiran ummi, ummi pun mula bercerita macam mana kejadian tersebut boleh berlaku. Biasala budak-budak, dipesan supaya jangan bermain dekat motorsikal umminya tapi main juga. Tapi Waqi langsung tidak menangis semasa kejadian, hanya mendiamkan diri saja tidak memberitahu kepada ummi. Mungkin Waqi takut 'dimarahi' ummi, iyala tadi kan sudah dipesan tapi sudah melanggar pesanan. Ummi menyedari lecuran tersebut bilamana tidak lama selepas Waqi terkena ekzoz itu, dia mengaduh kesakitan pada ummi. Ummi pun membelek-belek badan Waqi, ditanya sakit perutkah tapi pantas dia menjawab tidak. Di saat ummi 'memeriksa' kaki tangan Waqi, baru ummi nampak lecuran tersebut. Patutla Waqi mengadu sakit, segera ummi menyapu minyak gamat.

Bila balik saja ke rumah ibu, Waqi Falah bermain di luar rumah. Waqi lagaknya macam tak sakit tapi bila malamnya baru mengaduh sakit dengan ibu. Ibu pun segera mengeluarkan kotak putih First Aid dari ruang almari atas mengambil Burnol antiseptik krim, gauze swab (kain kasa yang biasa buat lapik luka tu), minyak gamat dan selophane tape (untuk lekatkan gauze swab nanti). Ibu mencuci lecuran Waqi menggunakan minyak gamat kemudian menyapu sedikit minyak tersebut dan tunggu dia meresap. Selepas itu ibu sapukan pula Burnol antiseptik krim dan menutup luka tersebut dengan gauze swab supaya lecurannya tidak teruk akibat geseran seluar juga akibat terdedah kepada udara yang berhabuk. Lecurannya masih basah jadi perlu extra carefull supaya ianya tidak bernanah dan berdarah. Kenapa ibu tak bawa Waqi ke klinik saja? kerana ibu yakin insyaallah Allah akan menyembuhkan dengan ubatan yang ibu sapu. Ibu rasa betul dah teknik ibu tu. Alhamdulillah ibu dah mempersiapkan kotak First Aid tersebut awal-awal lagi. Apa ubat-ubatan yang ibu isi di dalamnya? Nanti ibu cerita di posting yang lain yer.

bisik-bisik : berparut laa kaki Waqi..nasibla anak lelaki.

Friday 15 August 2014

Falah Masuk Parit 'Ayaq Acaq'

Posted by zahra abdul at 23:46 0 comments
Ini kisah semalam selepas ibu mengambil Waqi dan Falah dari rumah Ummi. Sebaik sampai saja di rumah, ibu mengeluarkan beg pakaian Waqi dan Falah juga barang-barang ibu. Ibu tergesa-gesa membuka kunci 'grill' dan pintu rumah kemudian meletakkan barang-barang, lantas terus ke tandas. Ya ibu sedari tadi menahan diri untuk membuang air kecil. Waqi dan Falah macam mana? Di sinilah kisah bermula.

Semasa ibu sibuk mengeluarkan barang-barang dari dalam kereta, Waqi Falah juga turut keluar. Tak sabar-sabar nak menjejakkan kaki ke tanah, berlari-lari dan bermain tanah. Memang ibu nampak Waqi pergi ke tepi rumah ( dan di belakangnya ada sebuah parit sisa buangan air singki dan bilik air dari rumah ibu dan juga rumah-rumah berdekatan) berjalan-jalan dan diekori oleh Falah. Sekali lalu ibu memberi peringatan kepada Waqi Falah untuk tidak bermain ke belakang rumah tetapi main dihadapan. Malangnya peringatan ibu tidak diendahkan. Dari dalam rumah sebelum ibu ke tandas, ibu menjerit meminta Waqi Falah masuk ke dalam rumah berkali-kali dengan harapan mereka tidak pergi berhampiran parit tersebut.

Hati ibu tidak keruan memikirkan Waqi Falah. Tiba-tiba dari dalam tandas, ibu terdengar suara Falah menangis. Ibu ingat Falah terjatuh atas tanah berbatu di tepi rumah, rupanya telahan ibu meleset sama sekali. Ibu bergegas keluar dari rumah menuju ke belakang, Ya Allah! rupanya Falah telah masuk ke dalam parit tersebut. Gayanya di dalam parit itu tidak seperti terjatuh ( tertomoih muka / tersembam) tetapi dalam keadaan duduk. Ibu segera ke tepi parit. Agak jauh juga tangan ibu nak mencapainya. Ibu terpaksa membongkok dan memanjangkan tangan kanan untuk menarik sebelah tangan kiri Falah dengan sekuat tenaga. Agak susah untuk mengeluarkan sesuatu daripada parit 'ayaq acaq' ni kerana komposisi air tersebut yang telah bercampur aduk dengan pelbagai bahan, dan baunya? Masyaallah jangan ditanya, busuk yang amat dan meloyakan. Nasib ibu tak muntah disitu, kalau tidak dengan ibu sekali masuk parit.

Sebaik saja Falah berjaya ditarik keluar dari parit tersebut, dia serta merta diam. Hairan ibu. Tidak sakitkah dia, lukakah, lebamkah? Lantas Falah ibu bawa ke pintu depan rumah untuk ke bilik air membersihkan badannya. Belum sempat ibu masuk, jiran di depan rumah ibu Mak Ros menegur ibu dari pintu belakang rumahnya " Falah masuk parit ke? Mari basuh di sini ( merujuk kepada telaga tadahan air hujan di belakang rumahnya itu)." Ibu pun segera membawa Falah ke situ dan membasuh segala lumpur-lumpur yang melekat, membuka baju dan pampersnya. Falah? Dia diammm saja sejak keluar dari parit tadi. Lucu pun ada. Tapi bila dapat saja air, terus seronok Falah melompat-lompat main air semasa dimandikan oleh ibu.

Waqi? Hahaha....ibu telah memarahi dia kerana membiarkan Falah masuk ke dalam parit. Semasa ibu mula-mula sampai di parit tadi, ibu telah memarahi Waqi dan menampar bahunya kerana langsung tidak berteriak menjerit memanggil ibu sewaktu Falah 'terjatuh' ke dalam parit, juga kerana dia tidak melarang Falah daripada bermain di belakang ( macam mana nak larang, Waqi sendiri pun main di belakang). Tapi Waqi tak menangis apabila ibu memarahi dan menamparnya, namun wajahnya nampak sangat rasa bersalah. Aduhh nyesal pulak ibu tampar tadi. Asbab geram sesangat kepada Waqi Falah maka Waqi menjadi mangsa.  Maafkan ibu. Kebiasaannya, Waqi memang akan bising kalau Falah main jauh sedikit dari depan rumah. Dia takkan henti-henti bercakap " Falahhh....jangan main situ! masuk, nanti ibu marah." dan kadang-kadang dia akan tarik tangan Falah lalu menyeretnya supaya balik ke depan rumah, jika Falah enggan. Sebab itu ibu tersangat hairan bilamana Waqi diammm jer bila Falah masuk parit. Langsung tak dengar suara dia melarang, kerana jarak rumah ibu dengan parit tu tersangatlah dekat...belakang tandas/bilik air/dapur saja. Jadi sudah pasti ibu akan dengar apa saja bunyi di tepi dan belakang rumah...orang kentut takde la boleh dengar.

Waqi mengekor je ibu kemana ibu pergi...mandikan Falah di rumah Mak Ros, masuk ke dalam rumah dan semasa ibu mandikan Falah di dalam bilik air rumah dengan SABUN. Wajib bersabun 2 kali ya, baru hilang bau meloyakan tersebut. Baju Falah yang habis berlumuran 'ayaq acaq' itu pada mulanya ibu nak buang saja, kerana baunya euwww. Tapi teringat pesan Mak Ros yang bajunya direndam clorox saja, nanti bersih. Ibu pun mencampakkan baju tersebut ke dalam mesin basuh, memasukkan 2 penutup besar serbuk clorox untuk baju berwarna, 1 sudu pink vanish dan dua 1 setengah penutup sabun pencuci. Setkan 16 liter air (paling minumum untuk Panasonic top loader) ditambah extra rinse dengan 2 cycle washing, supaya baju tersebut bersih, suci dan harumm. 

Bila dah habis selesai Falah mandi, ibu pun pakaikan pampers dan baju untuk Falah. Alhamdulillah dia tiada sebarang kecederaan mahupun lebam-lebam. Alhamdulillah Ya Allah!! (-_-) . Walaupun dah berakhir episod malang itu (malang kerana ibu meninggalkan Waqi Falah diluar bersendirian biarpun seketika) ianya masih terbayang-bayang lagi seolah-olah ianya sedang berlaku. Falah. Ya, Falah menjerit kerana kegelian dan kebusukan yang meloyakan dari ayaq acaq tersebut bukan kerana kesakitan. Falah memang mudah rasa geli dengan benda kotor, siap sebut 'iyekk' (taik hidung/hingus dan popo dia sendiri pun). Sejak kecil lagi Falah dah pandai rasa geli dengan serangga-serangga dan unggas-unggas yang dia nampak. Ibu pun hairan macam mana dia pandai mempamerkan rasa kegelian tersebut padahal tidak pernah diajar langsung. Falah juga geli kepada sesuatu yang lembik seperti getah/jeli mainan yang berwarna hijau. Semua kegelian itu bukan saja saat benda-benda tersebut dipegang tetapi tengok dari jauh pun mukanya dah menunjukkan dia geli. Itulah hebatnya anak kecil kurniaan Al-Khaliq.

Ayah Waqi Falah tak tau kisah malang ni, jadi senyap-senyap ajer.

Bisik-bisik: agaknya menurun dari ayah ni 'penyakit' geli ni. ayahnya seekor lipas pun boleh huru-hara rumah dibuatnya. jangan marah aah...

 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting