Monday 18 August 2014

Eksoz Motor

Posted by zahra abdul at 18:23
Waqi terkena ekzos motor di keting kaki kiri. Bulat elokk jer. Hari khamis lepas kena semasa di rumah ummi. Ummi mesej ibu pagi tu setelah menyedari lecuran tersebut, "...kaki Waqi ni terkena ekzos moto, tapi tak teruk mane, cuma kulitnya je terkopek". Bila ibu baca saja mesej tu, terus ibu risau memikirkan Waqi. Mesti Waqi nangis sebab sakit. Ibu cuma mampu berpesan supaya ummi sapukan minyak gamat supaya lecurannya kurang sakit.

Petangnnya ibu seperti biasa pergi ke rumah ummi. Sampai saja disana ibu menolak pintu depan rumah, segera Waqi berlari mendapatkan ibu dan memeluk kaki ibu. Begitulah kebiasaannya setiap hari. Dari ruang rehat rumah ummi, ummi melaung meminta Waqi menunjukkan kakinya yang melecur tersebut. Waqi pun segera mengangkat hujung seluarnya ke atas dan menunjukkan pada ibu kesan ekzos tersebut.

Sambil ibu berjalan dan duduk berhampiran ummi, ummi pun mula bercerita macam mana kejadian tersebut boleh berlaku. Biasala budak-budak, dipesan supaya jangan bermain dekat motorsikal umminya tapi main juga. Tapi Waqi langsung tidak menangis semasa kejadian, hanya mendiamkan diri saja tidak memberitahu kepada ummi. Mungkin Waqi takut 'dimarahi' ummi, iyala tadi kan sudah dipesan tapi sudah melanggar pesanan. Ummi menyedari lecuran tersebut bilamana tidak lama selepas Waqi terkena ekzoz itu, dia mengaduh kesakitan pada ummi. Ummi pun membelek-belek badan Waqi, ditanya sakit perutkah tapi pantas dia menjawab tidak. Di saat ummi 'memeriksa' kaki tangan Waqi, baru ummi nampak lecuran tersebut. Patutla Waqi mengadu sakit, segera ummi menyapu minyak gamat.

Bila balik saja ke rumah ibu, Waqi Falah bermain di luar rumah. Waqi lagaknya macam tak sakit tapi bila malamnya baru mengaduh sakit dengan ibu. Ibu pun segera mengeluarkan kotak putih First Aid dari ruang almari atas mengambil Burnol antiseptik krim, gauze swab (kain kasa yang biasa buat lapik luka tu), minyak gamat dan selophane tape (untuk lekatkan gauze swab nanti). Ibu mencuci lecuran Waqi menggunakan minyak gamat kemudian menyapu sedikit minyak tersebut dan tunggu dia meresap. Selepas itu ibu sapukan pula Burnol antiseptik krim dan menutup luka tersebut dengan gauze swab supaya lecurannya tidak teruk akibat geseran seluar juga akibat terdedah kepada udara yang berhabuk. Lecurannya masih basah jadi perlu extra carefull supaya ianya tidak bernanah dan berdarah. Kenapa ibu tak bawa Waqi ke klinik saja? kerana ibu yakin insyaallah Allah akan menyembuhkan dengan ubatan yang ibu sapu. Ibu rasa betul dah teknik ibu tu. Alhamdulillah ibu dah mempersiapkan kotak First Aid tersebut awal-awal lagi. Apa ubat-ubatan yang ibu isi di dalamnya? Nanti ibu cerita di posting yang lain yer.

bisik-bisik : berparut laa kaki Waqi..nasibla anak lelaki.

0 comments on "Eksoz Motor"

Post a Comment

 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting