Thursday 22 January 2015

Waqi kena 'ketumbit'

Posted by zahra abdul at 23:40 0 comments
kisah ni dah lama...lama tak lama la tapi tahun lepas punya cerita. sekarang baru ibu nak cerita. isy3...

waqi kena ketumbit. tau ke waqi ketumbit tu apa? waqi tak tau...yang waqi tau bahawa dia sakit mata. mula2 ibu perasan ada macam ketumbit di kelopak mata waqi tapi ibu biarkan saja, memandangkan ianya tidak kelihatan seperti merbahaya dan sakit. ketumbit tu tak berwarna merah. waqi pun takde mengaduh sakit. ketumbit tu macam lebihan kulit di kelopak mata atas. kalau tak tengok betul2 memang tak nampak. tapi lama-kelamaan ibu mula risau kerana sudah masuk 1bulan tidak hilang2@sembuh. jadi ibu pun merujuk kepada doktor di klinik biasa.

ibu pun bagitau la doktor kisahnya. jadi ibu pun kena tegur la dengan doktor tersebut kerana lambat membawa waqi ke klinik. 'ketumbit' itu sudah lama. huhu...ibu ingat dia akan hilang dengan sendiri. doktor kata...ada kes yang terpaksa di 'operate' untuk membuang 'ketumbit' tersebut sebab dia tak boleh hilang lagi hanya dengan menyapu ubat. ya memang ketumbit waqi tu kecikk jer tapi rupanya merbahaya jika tidak dirawat awal.

doktor menyarankan supaya mata waqi tersebut disapu gel untuk mengecutkan ketumbit@hilang terus. tapi doktor dah warning awal, jika tidak hilang juga maka terpaksa di 'operate'...OH NO!! ibu dah cuak, menyesal kerana mengambil enteng masalah ini.

balik rumah lepas tu, hari2 sapu. ayah rajin menyapu gel tu pada mata waqi. mula2 waqi tak berapa selesa tapi lama2 waqi dah biasa. gel tu berwarna putih susu, dalam tube kecik saja dan tidak mudarat kalau termasuk dalam mata. di rumah pengasuh pun, ibu minta tolong ummi sapukan. walaupun sudah beberapa lama sapu gel tu, tapi tidak ada perubahan. ada sesekali ketumbit itu mengecut@mengecil tapi tak lama selepas itu ianya kembali seperti asal. hadoii...takut ibu. macam mana kalau memang tak boleh hilang dah??? tidakkk!!!!!!!

sesekali tangan ibu 'gatal' untuk memicit ketumbit di mata waqi. bila dipicit nanah yang seciput itu keluar tapi nantinya akan balik semula seperti asal. haii...ni memang tak boleh sembuh dah ke? xpelah...ibu pun tawakal saja, baki gel yang ada terus disapu pada mata waqi. terkadang tu lupa jugak nak sapu. sampaila kepada satu hari...dimana hari sebenarnya ibu pun tak perasan iaitu ketumbit dimata waqi itu sudah hilang! Alhamdulillah....bila ibu terperasan tu, cepat2 ibu cek mata waqi, memang dah tak ada. ibu pun cakap la...mata waqi dah sembuh. mata waqi dah tak sakit lagi.

Alhamdulillah ya Allah....

oleh itu dinasihatkan kepada ibu2 diluar sana supaya segera berjumpa doktor jika 'ketumbit' itu terjadi pada anak2 ibu sekalian. jaaangan la jadi macam ibu ni....


Bisik-bisik: kan ayah dah pesan suruh bawa ke klinik awal2.....


Tahun 2015!

Posted by zahra abdul at 23:08 0 comments
Waqi akan genap 4 tahun pada 30 April, manakala Falah akan genap 2 tahun pada 12 Februari. Dah dekat.... Alhamdulillah anak-anak ibu semua makin membesar dengan sihat. Ayah pula 1 Februari nanti sudah menginjak umur 31 tahun dan ibu 29 tahun pada 2 Mei.

Ayah          1 Februari
Falah           12 Februari
Waqi      30 April
Ibu     2 Mei

Ibu doakan semoga kita sekeluarga akan dilimpah ruah dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt hendaknya serta bertambah2 rezeki yang baik. Semoga ibu sentiasa berusaha dan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 ibu, isteri yang terbaik untuk suami yang tercinta juga anak/ menantu yang terbaik buat mak abah/ keluarga mertua.

Dipohon doa juga semoga ibu berusaha menjadi pekerja dan pendidik yang lebih cemerlang. 
Ameen Ya Rabbi...



Bisik-bisik: bila nak duduk serumah?

 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting