Thursday 21 April 2016

Korea: Gimhae International Airport, Busan

Posted by zahra abdul at 00:46 0 comments



Assalamualaikum...
Kaifa halukum Waqi, Falah & Hanaa?
Semoga anak2 ibu sihat dengan izinNya.

Setelah hampir 3 minggu di Korea baru ibu kembali ke blog ni. Sebaik saja sampai di Gimhae International Airport yang terletak di Busan, suhu sejuk mula terasa(sejuk aircond je).

Kita akan berada di Busan beberapa hari untuk menikmati pemandangan pokok cherry blossom. Jadi kita akan naik salah satu pengangkutan awam yang popular di Korea iaitu bas! Jangan tak percaya...basnya memang hebat! Baca disini (Korea: Bas Korea).

Bila keluar saja dari pintu airport.... wah wah wah...sejuknya kemainn (loghat utara), dan-dan (loghat utara) terasa macam dalam peti ais beku. Kita perlu menunggu bas untuk ke stesen berhampiran dengan hotel.


Friday 1 April 2016

Urutan Kiropraktik

Posted by zahra abdul at 22:47 0 comments

Kelmarin, Sabtu, ibu pergi ke Shahab Perdana di Alor Setar. Perjalanan kita sekeluarga ke sana mengambil masa lebih kurang 1jam++(banyak sangat traffic light dekat2). Tujuan ibu ke sana untuk mengurut badan (bukan ibu yang urut orang yer).

Kedai tersebut bersebelahan dengan outlet RFC lama. Nama kedai tu tak silap ibu Munawwarah. Kedai tu menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti urutan tradisional, kiropraktik, rawatan resdung, bekam, akupuntur dan mandi wap. Best kan macam2 ada.. Yang lagi best bila perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada pelanggan wanita dan lelaki. Pelanggan lelaki akan dilayan oleh bos lelaki, begitu lah sebaliknya. Bos berdua ni adalah pemilik kepada kedai tersebut.

Disebabkan ibu telah habis berpantang jadi urutan penutup pantang perlu dibuat. Biasanya orang buat pada hari ke 40 berpantang. Tapi Tok yang mengurut ibu tu tak datang, terlupa agaknya. Dari hari ke hari bertangguh2 nak panggil Tok tu disebabkan terlupa la, sibuk la (ibu takdela sibuk mana tapi kekangan masa dalam turut sama menemani dan memberi sokongan kepada Tok Ummi dalam melayani umat menyampaikan ilmu). Dapat jugakla ibu menambah ilmu di dada. Jadi akhirnya pada hari


 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting