Thursday 21 April 2016

Korea: Gimhae International Airport, Busan

Posted by zahra abdul at 00:46



Assalamualaikum...
Kaifa halukum Waqi, Falah & Hanaa?
Semoga anak2 ibu sihat dengan izinNya.

Setelah hampir 3 minggu di Korea baru ibu kembali ke blog ni. Sebaik saja sampai di Gimhae International Airport yang terletak di Busan, suhu sejuk mula terasa(sejuk aircond je).

Kita akan berada di Busan beberapa hari untuk menikmati pemandangan pokok cherry blossom. Jadi kita akan naik salah satu pengangkutan awam yang popular di Korea iaitu bas! Jangan tak percaya...basnya memang hebat! Baca disini (Korea: Bas Korea).

Bila keluar saja dari pintu airport.... wah wah wah...sejuknya kemainn (loghat utara), dan-dan (loghat utara) terasa macam dalam peti ais beku. Kita perlu menunggu bas untuk ke stesen berhampiran dengan hotel.


0 comments on "Korea: Gimhae International Airport, Busan"

Post a Comment

 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting