Monday 5 October 2015

Bila Sel-sel Otak Waqi Bersambung...

Posted by zahra abdul at 01:57 0 comments
Assalamualaikum....

Inilah yang terjadi bila Waqi nak ambilkan playdoh yang ayah letakkan atas peti ais.

Abang Waqi yang penyayang sedang berusaha mengambil playdoh untuk Adik Falah

Sebenarnya ibu risau jer menengok Waqi memanjat tu. Boleh terjatuh tu sebab kerusi tu beroda tapi ibu   buat2 ok jer tanpa bercakap sepatah pun. Nak tengok akal kebijaksanaan Waqi. Alhamdulillah playdoh berjaya diambil tanpa terjatuh.

Lepas main apa jadi?? Huhu rumah pun bersepah dengan cebisan playdoh. Vacuum jer dah selesai. Haha tapi setiap kali main playdoh pasti bendanya tinggal makin sikit sebab dah masuk vacuum.

Itu saja coretan petang ni. Jumpa lagi.

Friday 2 October 2015

Misi Mencari Tadika untuk Abang Waqi

Posted by zahra abdul at 05:05 0 comments

Assalamualaikum...

Bukan mudah rupanya nak mencari tadika buat anak sulong ni. Lagi sukar mencari secara online tadika2 yang ada di Perlis. Kenapalah agaknya ya, kalau 'search' sesuatu info berkisar di dalam negeri Perlis secara online memang sukar untuk mendapat maklumat?? Pernah ibu search info berkaitan klinik2 yang beroperasi 24jam atau hingga lewat malam kerana Waqi demam panas, tapi hampa..tiada satupun info yang membantu. Memang di Perlis ni tiada klinik beroperasi lewat malam atau 24jam kah??  Ibu kena buat entri lain pasal nie  nampaknya.

Ok beberbalik kepada tajuk kita. Bukan ibu tidak berminat dengan tadika kemas atau pasti, cuma ibu mencari kelainan. Mungkin kelainan itu takde banyak beza, cuma sekadar mencuba. Lagipun abang waqi tak lama pun di tadika..lebih kurang 3 bulan ++ saja. Kenapa sekejap sangat? Kerana ibu cuti bersalin adik abang Waqi la..yang ketiga insyaallah.

Ibu akhirnya menjumpai sebuah tadika yang mengguna pakai Little Caliphs silibus. Tadika itu didaftarkan atas nama Tadika HR Aulad Bestari di Jalan Sekolah Derma, Kangar.

Tentang yuran pulak..yuran seperti biasa dibayar untuk setahun. Jadi kalau tak sampai setahun bersekolah perlulah beritahu mereka kerana yuran akan berubah. Yuran setahun mencecah RM900, tidak termasuk yuran bulanan mengikut pakej yang diambil. Pakej tersebut boleh dipilih samada hanya bersekolah ataupun bersama dengan "daycare".

Disini ibu sertakan alamat laman web Little Caliph, http://littlecaliphs.com.my. FB Little Caliph Kangar tidak friendly kerana ianya bukanlah page tetapi milik individu yang mana perlu "add friend" dulu. Ibu tak dapat nak bagitahu apa isi post nya sebab friend request belum accepted.

Tapi ibu telah menghubungi Little Caliphs Kangar, dan telah mendapat penjelasan tentang pakej2 dan yurannya dengan baik. Alhamdulillah booking boleh dibuat dengan membuat pembayaran pendaftaran sebanyak Rm100 ke akaun tadika tersebut. Kemudian ibu perlu emailkan salinan MyKid kepada mereka supaya mereka boleh tolong isikan borang pendaftaran.

Jadual yuran dibawah ni telah di'wasapkan' oleh Cik Nurul Amira, person in charge tadika tersebut. Terima kasih ibu ucapkan.

Yuran tahunan dan bulanan. 
Sekiranya ada ibu2 diluar sana yang berminat, boleh la hubungi mereka atau walk-in terus ke sana.

TADIKA HR AULAD BESTARI
69D, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis
Person in Charge : Nurul Amira binti Alias
Tel : 012-9245343/ 04-9767949
Email : LITTLECALIPHSKANGAR@YAHOO.COM
Facebook : Little Caliphs Kangar


Itu saja daripada ibu, sekian. 

#terfikir ibu: ada segelintir mak bapak nie 'eksyen' bila anak2 dihantar ke tadika 'mahal'. Mak bapak anak orang lain yang tadika 'murah' nie sebelah mata jer mandang. Eh murah ke?? Tadika 'murah' ke 'mahal' ke takde maknanya kalau anak sendiri mak bapak tak pandai nak didik, semua harap ke cikgu tadika saje. Melentur buluh biar dari rebungnya, didik anak biar dari sekecilnya. Kejap3...kalau mak bapak dah macam ketam jalan menyenget, anak2 macam mana?? Tepuk dada tanya iman.


 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting