Wednesday 24 September 2014

Susu Kambing Coklat versus Milo

Posted by zahra abdul at 01:54 0 comments
Ibu telah membuat keputusan untuk menukarkan minuman Milo yang biasa diminum dirumah kepada minuman susu kambing coklat jenama Susu Nina Kameng. Sejak Waqi dah besar pandai minum Milo, setiap kali minum susu mesti nak tambahkan Milo ke dalam susu. Jadi setelah berjumpa dengan susu kambing coklat ini, ibu dan ayah pun minum. Sedaapp!!

   Susu kambing ini ditambah dengan serbuk koko dan madu, jadi semasa membancuh minuman ini tidak perlu untuk menambah gula..memang dah manis. Alhamdulillah Waqi Falah menggemarinya. Waqi dah pandai minta "Ibu...waqi nak susu kambing coklat." Sekarang sudah bungkusan yang ke empat kita minum, yang ada di dapur pun dah hampir habis. Boleh oder lagi.

Ibu takde pulak gambar tapi cari-cari di google adalah beberapa gambar. Inilah rupanya susu nina kameng ni. Terima kasih kepada tuan punya gambar emilianadeshiko.blogspot.com.




Cuba tengok harga dia Rm 30 untuk 1 kilogram, murah kan? Ianya merupakan produk daripada Muslim dan semestinya mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Setakat ini, Waqi Falah akan minum susu kambing ini. Tapi bukanlah totally susu kambing coklat ini, nisbah bancuhan susu Waqi Falah ialah 8oz air dicampur 3 scoop susu Biolac + 1 scoop susu kambing coklat. Jadilah susu coklat yang marvellous.. Next post ibu ceritakan tentang susu Biolac.

bisik-bisik : susu kambing adalah minuman sunnah Nabi Muhammad saw.

Friday 12 September 2014

Pergi Haji

Posted by zahra abdul at 05:59 0 comments
Tanggal 11 September, semalam ayah Waqi dan Falah telah pun pergi menunaikan haji. Ibu dan ahli keluarga yang lain pergi menghantar ayah ke pusat berkumpul para Jemaah di bangunan Tabung Haji Kelana Jaya. Sampai saja di situ, ayah terus pergi mendaftar. Kita semua sempat duduk berbual-bual dan mengambil gambar kali yang terakhir. Jam 12.15 petang semua Jemaah dipanggil masuk ke dalam bangunan Tabung Haji. Waqi Falah bersalaman dengan ayah dan melambai-lambai ayah tersayang yang bakal dirindui. Flight ayah ke Mekah dijadualkan pada jam 4.15 petang dan sampai 9 jam kemudian.

bisik-bisik : ayah doakanlah ibu, waqi falah dapat ke tanah haram sana!
 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting