Monday 11 May 2015

Anak-anak ke Maldives

Posted by zahra abdul at 02:08

Haih...untungnya la jadi anak zaman sekarang. Kecik2 lagi dah naik kapal terbang. Kapal terbang tu dah jadi biasa bagi dia. Masakan tidak, asal balik kampung jumpa Tok Abah dan Tok Ummi di Perlis..confirm la naik kapal terbang. Sekejap jer, 55 minit sampai kalau naik MAS, naik Malindo/ Fireflyz 1jam 10minit. Tak sempat pun nak panas punggung.

Menyimpang jauh la pulak ibu ni. Ibu nak cerita yang anak2 ibu pergi jenjalan ke Maldives. Seronok bukan main la kamu yer..

Bukan senang nak jenjalan bawak kamu yang kecik lagi ni. Penat la ibu mengemas... Jumlah keseluruhan beg yang di bawa adalah 3 beg bersaiz hand carry. Haa...sikit kan, ibu rasa sikit la sebab untuk percutian 4 malam 3 hari. Macam pelikkan 4 malam 3 hari, haaa nanti kamu tengok asbabnya.

Berbalik kepada beg, 3 beg hand carry. 2 beg pakaian dan 1 beg makanan. Wah...apasal banyak sangat ibu bawa makanan. Ewah...ibu nak jadi chef la kat sana. Jimat duit ringgit ayah tau...haha, sebab ayah yang support semua ringgit untuk ke Maldives ni. Kecuali...haa ada juga kecualinya tu, kecuali makanan yang dibawa kerana itu ibu yang belikan. Habis...takkan ayah kamu jer nak keluarkan duit ringgit, kopakla ayahanda kamu.

segala jenis makanan
 Tengoklah bermacam jenis makanan ibu bawa untuk kamu nak ooii.... erkk, kami tak makan pedas-pedas ibu. hehe...yang pedas untuk mulut orang dewasa ni hah, bukan untuk kamu.

Malam pertama (sesampainya di House Clover Hotel, Male) - ibu ayah tak makan pun, sebab dah letih. Dalam flight dah makan kenyang...walaupun ibu tak makan sangat. Cuma Waqi Falah jer makan biskut Lexus inti coklat. Sebabnya Waqi makan sikit jer dalam flight, Falah pulak tidur.

Siang hari kedua ( di Crystal Sands Hotel, Maafushi Island) - makan ayam Ayamas bersama sambal Ayamas. Ayam tu ayah beli sebelum buat makan sebelum bertolak, tak habis..jadi bawa ke Maldives.

Malam kedua ( di Crystal Sands Hotel, Maafushi Island) - masak nasi 2 pot,sardin goreng sambal Ayam Brand, sup daging Adabi, 'sayur' acar timun bercili, kicap dan...ikan masin siap bergoreng dari tanah air. hehe..ini ayah kamu request bawa ikan masin. terpaksa berbalut dengan tisu dan diseal dengan selotape supaya bau ikan masin tidak merosakkn seluruh isi kandungan beg makanan. Senang saja cara panaskan makanan dalam tin, semudah 123. 1=rendamkan dalam air panas, 2=buka dan hidangkan, 3=makan. Senang dan sedap menyelerakan.

Siang hari ketiga (masih di Crystal Sands Hotel, Maafushi Island) - ibu buatkan sandwich tuna mayonis. Setelah siap sapukan tuna, isikan semula sandwich tersebut ke dalam beg plastik roti. Sandwich tu ibu bawa buat bekal makan kita masa di 'picnic island' nanti. Makan tengahari kita disediakan oleh pihak hotel. Makanan dibawa dari hotel naik bot lagi, untuk makan di sana.

Malam ketiga (masih di Crystal Sands Hotel, Maafushi Island) - masak nasi 2 pot, kari ayam Adabi, ikan Mackerel goreng dengan kacang hitam, ikan masin. Kali ni ayah tak makan, tidur awal..letih siang tadi beraktiviti di luar. Ibu makan banyak sebab lapar. Waqi Falah makan jugak, tapi Falah main jer lebih. Habis nasi tumpah sana sini. hmm...anak oh anak. Ikan goreng makerel dengan kacang hitam tu tak nak beli dah, huhu tak enak. masin...dia dalam minyak. mungkin sesuai dimakan dengan moi/bubur nasi/nasi air.

Siang hari keempat ( di UI Hotel di Hulhumale) - siang hari terakhir inilah kita semua menghabiskan makanan yang ada. Haha...sebabnya lapar sangat dah. Sudah la terpaksa berjalan ke sana ke mari cari hotel dengan mengusung beg-beg bertroli tu, nasib ada roda. Penat berjalan, singgah beli air di kedai runcit berdekatan. Kemudian tanya pasal hotel, barulah jumpa. Terima kasih tuan kerana tolong kami yang kehilangan arah. hihi.. Petang itu ayah masak maggi, Waqi Falah pun sibuk nak makan. Ibu makan roti wraps@capati, sapukan tuna pedas dan gulungkan macam tortilla. Wahh...sedap sungguh. 3 keping ibu makan...haaa lapar betul ni. Lepas tu ayah pun join makan sama. Waqi Falah menghabiskan biskut, keropok durian, cheese snack

Tips tambahan: bawa periuk nasi kecik, pisau rambo (pisau biasa pun boleh), pinggan mangkuk plastik, sudu plastik pakai buang, tupperware plastik pakai buang, plastik zipper bag. semua ni bawa la cukup-cukup. Ibu setiap kali makan malam, bila makanan tak habis masukkan dalam tupperware bulat-bulat yang boleh masuk microwave tu. bila dah nak balik nanti, buang jer. sudu pun, takde ibu basuh-basuh. dah pakai buang terus. Zipper bag tu pulak nanti nak simpan apa-apa, kedap udara.


minuman
Inilah minuman kita sepanjang di Maldives. Susu fernleaf tu minuman wajib Waqi Falah, sebab kamu minum susu lagi. Bawa jer dalam pack macam ni...confirm tak tumpah, dannn...tak perlu nak simpan dalam tupperware. Waqi suka minum air bunga...Falah pulak air milo kotak. Kalau travel jauh, memang kena sedia bawa air kotak ni untuk kamu, kalau tak....adoii boleh pening kepala ibu dibuatnya sebab Falah akan nangis tak henti sambil minta apa yang dia nak. Jadi, jangan pening-peningkan kepala ibu, bawak siap-siap yer.

0 comments on "Anak-anak ke Maldives "

Post a Comment

 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting