Monday 18 May 2015

"Bebird" Waqi bernanah?

Posted by zahra abdul at 04:24

Al-kisahnya....bebird teruna ni bernanah! Waqi mengadu sakit bebird masa ibu mandikan dia, masa dia buang air kecil. Ingat sakit/pedih biasa sebab pakai pampers. Ibu terpaksa pakaikan Waqi pampers masa dalam van dan bas sekolah sebab fikirkan nanti Waqi nak terkencing, susah pulak nak berhenti tiba-tiba cari tandas. Esoknya Waqi mengadu sakit lagi, jadi ibu tengokkan. Alamak...dah bengkak la, sudah..
Ibu pun belek-belek dan cuba tekan, kemudian keluar nanah. Panik ibu dibuatnya, kesianla anak teruna ibu ni. Kang tak pasal-pasal jadi lagi parah, dan merosakkan fungsi bebird seorang lelaki.

Keesokan siangnya, ibu bawa Waqi ke klinik swasta. Doktor perempuan yang merawat Waqi. Doktor cakap bebird Waqi kena jangkitan bakteria, hasil dari keputusan urine test. Tambah doktor lagi, selepas makan ubat nanti, jika Waqi tidak boleh kencing...ibu kena bawa Waqi ke emergency hospital segera. Sebab doktor di sana nanti akan terpaksa lakukan minor operation iaitu 'sunat'. Itu saja jalan penyelesaiannya. Tapi alhamdulillah itu tidak terjadi. Waqi sembuh selepas makan ubat-ubatan yang diberi doktor di klinik.

Namun, doktor itu telah mengingatkan ibu bahawasanya situasi bebird bernanah ini besar kemungkinan akan berulang kembali. Ianya seolah-olah bila dah terkena sekali, akan kena lagi dan lagi. huhu...takut la pulak. Ibu pun tertanya-tanya la juga, kenapa boleh berulang? hmm...tiada jawapan masa penerangan tersebut diberitahu oleh doktor kepada ibu.

Setelah Waqi sembuh, barulah ibu mendapat jawapannya. Kenapa bebird bernanah Waqi boleh berulang...kerana sifat fizikal bebirdnya telah berubah. Secara alaminya, bebird seorang kanak-kanak lelaki yang belum disunat, akan mempunyai kulit dihujungnya atau dalam bahasa sainsnya 'prepuce'. Prepuce tersebut sekiranya ditarik ke belakang (ajar anak-anak lelaki kita untuk 'kelebet'/tarik kulit bebird kebelakang semasa membasuh kencing supaya sisa air kencing di dalam kawasan kulit itu turut bersih) akan menampakkan isi dibahagian dalam. Maksudnya..prepuce tersebut adalah boleh terbuka. Prepuce inilah yang akan dipotong oleh doktor apabila melakukan proses khatan/sunat. Tetapi sebaliknya telah berlaku kepada bebird Waqi. Sebaik saja sembuh, ibu pun cepat-cepat cek bebird Waqi, dan cuba menarik kebelakang prepuce tersebut. Tau apa yang berlaku?? huhu...kulit tersebut sudah tertutup alias buta, seolah-olah mulut belon yang telah diikat. Cuma ada saluran kecil sahaja yang tidak tertutup, dan sudah pastilah saluran itu yang masih membuatkan Waqi masih boleh membuang air kecil. Barulah ibu faham...nampaknya Waqi perlu disegerakan sunat. Sekarang Waqi dah berumur 4 tahun, tahun depan bolehla sunat..lagi lama tunggu lagi berisiko untuk berulangnya bebird bernanah.

Asbab bebird bernanah? hmm...ibu pun tak tau, sudah takdir nak jadi. Sebabnya sebelum-sebelum ni pun, memang biasa ibu pakaikan Waqi pampers kalau nak travel jauh. Standby takut Waqi tak tahan kencing, habis terkencing dalam seluar. So far, tak pernah la Waqi terkencing dalam seluar siang hari. Pampers tu pulak, dari pandangan mata kasar ibu ni...bersih aje. Itulah...apapun benda dah jadi. Lain kali ibu perlu lebih berhati-hati.

Pada ibu bapa diluar sana yang ada anak-anak lelaki terutama yang belum disunatkan, pastikan mereka membersihkan bebird selepas buang air kecil sebaiknya. Jangan ajar apatah lagi membiarkan anak lelaki buang air kecil merata-rata@pancut walaupun di dalam rumah sendiri. Didik mereka untuk buang air kecil secara duduk bagi tandas duduk/mencangkung sebaik-baiknya bagi tandas cangkung. Ibu bapa juga perlu selalu cek bebird mereka bagi memastikan tiada sebarang keganjilan yang berlaku seperti adanya bengkak, merah-merah, dan sebagainya. Sebagai ibu bapa lebih-lebih lagi si ibu, setiap apa yang berada di tubuh anak kita, wajib kita ketahui..lukakah dia, lebamkah dia, berparutkah dia dan sebagainya terutamanya bagi anak-anak kecil.

#terfikir ibu: ada sebahagian ibu bapa yang tak mengambil berat hal 'belek-membelek' tubuh anak masa kecil nie. Anak dihantar ke pengasuh pagi2 buta, petang nak malam baru ambil anak. Takde dah nak cari masa belek anak. Hujung minggu pun macam takde masa agaknya...sampailah satu masa, satu hari..anak meninggal dunia disyaki didera pengasuh. Hasil post mortem membongkar banyak kesan luka lama akibat dipukul. Jadi disini ibu pun amatlah kehairanan dan tertanya2 di manakah dan ke manakah sikap bertanggungjawab ibu bapa terhadap anak2 mereka sedari awal kes ini?? Malang sekali kelalaian mereka sehingga mengorbankan anak sendiri. Jika ibu bapa mengamalkan sikap 'membelek2' tubuh anak tentulah mereka akan segera menyedari sebarang luka ataupun lebam walaupun sekecil 'zarah'. Justeru ibu bapa perlu peka dengan anak2. Anak2 syurga kita.


0 comments on ""Bebird" Waqi bernanah?"

Post a Comment

 

Bila Ibu Bercerita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting